Keputusan mahkamah Nizar lawan Zambry Krisis politik Perak 2009

Pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.[19] Abdul Aziz menjelaskan bahawa tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar yang boleh menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti ADUN mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tambahan pula pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara yang sama.[19]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[20] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[21]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[22] Pada 19 Jun, Nizar memohon rayuan agar keputusan Mahkamah Rayuan itu dibatalkan.[23]

Pada 5 November 2009, sebuah panel lima hakim, iaitu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim-Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong bersidang di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar hujah daripada tiga pihak, iaitu Nizar, Peguam Negara Abdul Gani Patail dan peguam Datuk Cecil Abraham, kemudian menangguhkan keputusannya[24] hingga ke tahun seterusnya.Pada waktu pagi 9 Februari 2010, diumumkan bahawa Mahkamah Persekutuan yang diwakili oleh panel lima hakim yang sama, bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry ialah Menteri Besar Perak yang sewajarnya.[25]

Rujukan

WikiPedia: Krisis politik Perak 2009 http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://pasberuas.blogspot.com/2008/07/kerajaan-pr-... http://www.malaysiakini.com/news/103763 http://www.malaysiakini.com/news/103800